Anyway, got a SMS from Universiti Sains Malaysia (Malaysia Science University). In the message, they asked me to attend a test called MUNSYI Test. I thought.... what on earth is that? So, I checked it out in the university's website and found out that MUNSYI actually stands for 'MALAYSIAN UNIVERSITY SELECTION INVENTORY'. Now... even that name also got me wondering wildly about what type of test is that... :S
Anyway, here's the entrance slip the university asked me to print and bring to the test centre on the 18th this month.... (click to enlarge)

Anyway, found out more about MUNSYI in the website. I will just copy and paste it here... (Sorry to those who can't read Malay)
| Tujuan MUnsyI | |
| Instrumen MUnsyI dibangunkan untuk memperoleh maklumat berkaitan kualiti intrinsik calon meliputi Minat Kerjaya, Personaliti, Nilai Integriti, Kecerdasan Emosi dan Patriotisme sebagai tambahan kepada maklumat sedia ada calon. Maklumat yang diperoleh daripada pengukuran ini digunakan untuk memilih calon yang sesuai bagi kemasukan ke pelbagai program pengajian yang ditawarkan oleh universiti di Malaysia. Secara khususnya, justifikasi penggunaan instrumen MUnsyI adalah seperti berikut: | |
| a. | Membantu calon pelajar memilih program yang paling sesuai dengan dirinya. |
| b. | Membantu universiti mendapatkan calon pelajar yang paling sesuai berdasarkan konsep “individu yang betul untuk program yang betul”. Instrumen ini berupaya membezakan calon pelajar yang berpotensi untuk berjaya dalam bidang yang diikutinya. |
| c. | Pemilihan calon pelajar tidak tertumpu kepada pencapaian akademik semata-mata, tetapi mengambil kira aspek minat kerjaya, personaliti, nilai integriti, kecerdasan emosi dan patriotisme sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. |
| d. | Membantu mengurangkan masalah dalaman yang timbul di universiti hasil daripada konflik pemilihan program yang berbangkit semasa pengajian seperti bertukar program, prestasi yang rendah, keciciran dan kecelaruan emosi. |
| e. | Antara kriteria ranking universiti adalah berdasarkan jumlah pelajar yang memperoleh ijazah dalam masa yang ditetapkan dan mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas bergraduat. Keselarasan pelajar dengan bidang pengajian mengguna MUnSI membantu merealisasikan hasrat universiti memperoleh ranking yang terbaik. |
| f. | Instrumen MUnSI ini seiring dengan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) yang sedang dalam proses pelaksanaan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. |
| | |
| Takrifan Konstruk | |
| | |
| Minat kerjaya | |
| Individu mempunyai pelbagai minat yang berbeza. Minat kepada sesuatu kerjaya merupakan salah satu faktor yang terpenting dalam menentukan kejayaan seseorang dalam profesion yang diceburi. Cabaran profesion percalonan yang semakin hebat pada masa kini memerlukan ketepatan pemilihan calon calon. Minat yang mendalam terhadap kerjaya ini dapat memastikan calon seronok menjalankan tugas dan memberikan perkhidmatan yang berkualiti. | |
| | |
| Personaliti | |
| Personaliti seseorang perlulah bersesuaian dengan profesion yang dipilih. Keselarasan personaliti dengan kerjaya yang diceburi adalah amat penting kerana keselarasan antara personaliti dan minat dengan kerjaya adalah penentu kepada motivasi, kepuasan kerja, pencapaian, produktiviti dan stabiliti dalam kerjaya. | |
| | |
| Nilai Integriti | |
| Nilai integriti merangkumi nilai murni yang boleh diukur dalam batasan pengetahuan, sikap dan tingkah laku. Integriti merupakan projeksi profesionalisme calon berkaitan dengan sifat berdisiplin, tekun, bertanggungjawab, optimis, berkepimpinan, sabar, kreatif dan inovatif. Justeru itu, calon perlu mempunyai integriti dan sikap profesionalisme yang tinggi. | |
| | |
| Kecerdasan Emosi | |
| Falsafah Pendidikan Kebangsaan menekankan kepada empat aspek iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek. Keseimbangan kesemua aspek ini berupaya melahirkan tenaga kerja mahir tetapi juga berupaya menyelesaikan konflik dan masalah, merancang dan mencalons tugas-tugas harian, kreatif dan inovatif dalam pekerjaan serta berkeupayaan memperbaiki interaksi dengan orang lain. | |
| | |
| Patriotisme | |
| Nilai patriotisme merangkumi nilai yang terkandung dalam lima prinsip Rukun Negara, iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Kedaulatan Undang-undang, Keluhoran Perlembagaan dan Kesopanan dan Kesusilaan. Melahirkan pekerja yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara. | |
| Anyway, according to all the article, the test is some kind of personality test to determine whether you are suitable for a certain courses or not. Well, this shouldn't be too hard. :) Anyway, wish me luck k? |




No comments:
Post a Comment